Pengenalan Mukim Dalam D.U.N. Endau
Daerah Mersing terletak di Timur Laut Negeri Johor, juga di persisiran Laut Cina Selatan. Ianya bersempadan dengan daerah Kluang, Kota Tinggi dan di baratnya dengan daerah Segamat dan Negeri Pahang. Mersing merupakan daerah ke-3 terbesar dari segi keluasan tanah di Negeri Johor, iaitu seluas 700,805 ekar atau 283,608 hektar (2,838 kmp). Keluasan ini adalah 14.6% daripada keluasan seluruh Negeri Johor. Ianya juga mempunyai bilangan penduduk seramai 69,947 orang. (Sumber: Jabatan Perangkaan Negeri Johor 2001). Daerah ini terbahagi kepada 10 mukim yang mana terdapat di dalamnya 73 buah kampung dan 4 buah kampung baru serta 36 buah pulau. Kampung-kampung ini diketuai oleh ketua-ketua kampung manakala pulau-pulau pula dipertanggungjawabkan kepada penghulu-penghulu. Daerah ini hanya mempunyai satu kawasan Parlimen iaitu Parlimen Mersing dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu DUN Tenggaroh dan DUN Endau.
Maklumat Asas Daerah Mersing
| 1. | JUMLAH MUKIM | 10 BUAH |
|---|---|---|
| 2. | JUMLAH PENGHULU | 8 ORANG |
| 3. | JUMLAH KETUA KAMPUNG | 23 ORANG |
| 4. | JUMLAH FELDA | 12 BUAH |
| 5. | JUMLAH MASJID | 32 BUAH |
| 6. | JUMLAH SURAU | 40 BUAH |
| 7. | JUMLAH MASJID KERAJAAN | 2 BUAH |
| 8. | JUMLAH BALAIRAYA | 45 BUAH |
| 9. | JUMLAH JKKK | 23 BUAH |
| 10. | JUMLAH JKKR | 23 BUAH |
| 11. | JUMLAH JKKB | 4 BUAH |
| 12. | JUMLAH KETUA MASYARAKAT | 4 ORANG |